Sedikit tips untuk korang yang nak duduk interview spa8 iaitu separa perubatan
1.buat persediaan untuk jawapan yang akan diberikan bagi soalan-soalan yg bakal dikemukakan
Contoh-contoh soalan interview boleh rujuk kat next page :)
2.pakaian haruslah formal. Kalau perempuan sebaik-baiknya pakai baju kurung je la atau formal baju macam pergi meeting tuu. Lengan panjang lebih baik untuk lelaki dan perempuan.skirt jangan terlampau pendek lalu menganggu kosentrasi penginterview. Kot-kot disalah ertikan nak kerja dengan hospital ker kerja dengan .. tutttt....... ( pejabat laa). Bagi mekap sikit supaya tak nampak pucat.jangan terlebih mekap suda ..kasut hitam bertutup adalah lebih baik dipakai.
3.pray selalu. Semuanya akan dipermudahkan jika itu ialah rezeki kita.
4 . Datang awal supaya tidak tergesa-gesa hingga menimbulkan perasaan panik. :D
5.check2 dan cek sentiasa dokumen yang dibawa sentiasa ada .
6.senyum selalu biarpun orang tu tak senyum dengan kita balik.
7.ketuk pintu sebelum masuk. Jangan duduk selagi tidak disuru. Atau minta kebenaran untuk duduk.
8. Duduk jangan membongkok atau menyandar .
Duduk jangan silangkan kaki.