kerjaya juruteknologi makmal perubatan

JTMP(juruteknologi makmal perubatan) atau nama lainnya adalah MLT (medical laboratory tec) adalah bidang yang kurang dikenali . yela kalau kat lab pun patient akan panggil nurse atau dokter je. takdenye panggil mltttt . diorang mana tahu mlt tu ape. tapi mlt kerja kat lab sahaja dimulai dengan gred U29 . sama seperti gred nurse yg guna line biru tu dengan MA baju putih tu yer. kenaikan bagi mlt U29 ialah U32 sama ada KUP32 (setelah bekerja 10-15 tahun) atau hakiki U32. beza KUP ni kerje macam biasa u29 tapi gaji u32. kebanyakkan orang akan ambil KUP sahaja kerana tak nak berpindah ke tempat baru dan tak suka jadi team pengurusan .sebab U32 ni da jadi bos-bos kiranya jadi kerja pun da lain. dan kenaikan utk MLT u36 juga ada selalunya penempatan kat central lab. kiranya dalam satu daerah , U36 akan duduk kat pusat klinik utama yang menjadi rujukan bagi klinik-klinik kecil di bawah nya. MLT U38 dan U40 pulak selalunya berada di hospital untuk menguruskan lab yang lebih besar. MLT juga mempunyai bidang yang luas. bergantung kepada pusat kesihatan di mana mlt itu ditempatkan. mlt di hospital dibahagikan 7 seksyen. sama ada parasitologi,hematologi,blood bank, mikrobiologi,patologi kimia, serologi dan histologi. tetapi pembahagian seksyen ini bergantung kepada lab masing-masing. kerana ada juga lab yang membahagikan lab urine drug dari patologi kimia kepada satu lab sahaja. ada juga lab yg membahagikan lab serologi dan virologi masing-masing satu lab. pusat penyelidikan seperti IMR juga mempunyai MLT. dan terdapat lebih banyak seksyen dibahagikan di sini. selain itu , unit vektor juga ditempat kan mlt untuk mengesan jangkitan penyakit yang disebabkan oleh jenis nyamuk.